Indahnya Negeri Jelapang Padi

Puas mata memandang keindahan bumi hijau sepanjang perjalanan ke Kedah. Pemandangan yang tidak dapat aku lihat di tempat lahir ku. Sejuk dan tenang rasa jiwa dapat menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Kagum terasa dalam diri melihat ciptaan semualajadi yang menenangkan. Benarlah menurut kajian, dimana menggalakkan kita untuk menjaga dan menanam tumbuhan hijau di sekeliling kita kerana ia dapat menjadi penawar dan ketenangan di minda kita.

Sebagai manusia yang dikurniakan pelbagai kenikmatan di dunia patut mensyukuri alam semulajadi yang diberikan allah dengan menjaga dan memeliharanya sebaik mungkin. Tanpa flora dan fauna maka binasalah kita di bumi ini dengan gelombang cuaca yang semakin panas meledak. Kedudukan negeri Kedah yang luas dan tanah yang sesuai menjadikannya negeri dan pengeluar terbesar padi untuk negara kita. Keluasan sawah padi yang terbentang di sepanjang pelosok negeri kedah menjadikannya hasil dan sumber pendapatan utama penduduk di situ.

Selain keindahan sawah padi,terdapat juga gunung yang menghiasi latar belakang negeri kedah ini. Pemandangan gunung yang indah dan cuaca yang nyaman memberikan keindahan yang cantik untuk dinikmati.

Andai diberi peluang sekali lagi, ingin aku menjejakkan kaki sekali lagi ke bumi jelapang padi untuk duduk dan menikmati suasana dan keindahan di sana.

3 comments:

BajaEmas said...

Selamat berkarya dan berjaya selalu. Salam Sejahtera.
dari
http://bajaemas.blogspot.com

Miss Nisa said...

Terima kasih dan Salam Sejahtera

BajaEmas said...

Apakabar Miss Nisa, di pagi yang cerah ini? Maafkan Baja Emas, yang masih berpusing-pusing di sekitar Negeri Kedah yang hijau menyegarkan mata. Berapa jauh/lama Negeri Kedah dari pusat kota Malaysia?.... Siapa tahu Baja Emas Kunjung Wisata ke-Negeri Kedah. Hehehe...
dari
htt://BajaEmas.blogspot.com

Post a Comment

 
back to top Back to top