Mulakan Harimu Dengan +VE

Walau apapun yang berlaku di pagi hari anda, pastikan dimulakan dengan senyuman.
Ini kerana satu kajian mendapati apabila kita senyum bermula dari bangun sahaja tidur, otak kita secara automatik akan menjadi positif dan menghasilkan mood yang ceria. Dengan pemikiran yang positif dan ceria kita dapat menjalani pagi kita dengan sempurna walaupun kita bosan atau benci dengan tempat kerja atau sebagainya, tetapi kita dapat menghadapinya dengan baik.Buang jauh-jauh perasaan negatif terhadap bos atau rakan sekerja yang menjengkelkan, dengan mengambil pendekatan positif seperti melakukan kerja anda sendiri tanpa mengganggu kehidupan orang lain.

Biasakan setiap hari memberi salam atau ucapan selamat pagi kepada orang di sekeliling kita. Walaupun kadangkala ucapan kita seperti tidak disambut atau dilayan, tetapi dengan sikap ini juga boleh menjadikan kita lebih positif dan yakin di tempat kerja. Sesuaikan diri di tempat kerja dengan situasi yang pelbagai ragam yang sukar dijangka dengan mengambil pendekatan positif.

Ceriakan pagi hari anda dengan ceria, bersemangat dan sentiasa positif!!!

2 comments:

BajaEmas said...

Saya setuju atas pendapat dan pemikiran Anda Miss Nisa. Itulah karakter Manusia Modern yaitu:Tebarkan Salam dan berpikir positif. Salam persahabatan.
dari
http://bajaemas.blogspot.com

Miss Nisa said...

Tq Baja Emas.Sekiranya ada tambahan atau maklumat yang boleh dikongsi bersama,saya mengalu-alukan..Salam persahabatan.

Post a Comment

 
back to top Back to top